Angin pasang adalah sakit yang ditakuti oleh kaum lelaki. ye lah, dah melibatkan kelakian. kalau kena angin pasang yang menyebabkan kerandut zakar membengkak dan sakit, apa lagi boleh dibuat dengan senjata hebat yang satu itu. jangan kata nak bawa ke medan tempur, nak kencingpun sakit sampai keluar air mata. Aku nak share sedikitinfo yang aku dapat dekat internet ni. BAGI KAUM LELAKI WAJIB MENGETAHUI SEBAB KALAU X AMBIL TAHU NANTI MERANA ISTERI KORANG.
Pada orang dewasa, hernia terjadi disebabkan dua faktor utama. ‘‘Pertama, adanya otot dinding rongga, misalnya perut yang lemah. Kedua, dorongan yang menyebabkan tekanan di dalam rongga perut meningkat. Biasanya hernia pada orang dewasa ini terjadi pada usia lanjut kerana pada umur tua otot dinding rongga perut melemah.‘‘Seiring pertambahan usia, organ dan tisu tubuh mengalami proses kemerosotan. Pada wanita, kegemukan juga dapat memungkinkan timbulnya bahagian yang lemah.‘‘Keadaan-keadaan tersebut, jika ditambah dengan faktor kedua tadi, dapat mengakibatkan usus terdorong ke dalam bahagian yang lemah tadi lalu menonjol ke luar,’’ jelasnya. Kebiasaan merokok, penyakit yang mengenai tisu dan diabetes melitus juga dapat mempengaruhi timbulnya hernia. Ketiga-tiganya mempunyai kaitan dengan gangguan metabolisme pada tisu. Dalam kes hernia ringan, bahagian usus yang keluar dapat masuk kembali ke rongga perut jika pesakit berbaring atau didorong sendiri oleh pesakit. Berita buruknya apabila hernia sudah masuk ke tahap takterturunkan. Pada peringkat ini, isi hernia yang keluar tidak boleh masuk kembali meskipun ditolak dari luar. Terang Dr. Chan: ‘‘Kita juga perlu waspada jika cincin hernia berdiameter kecil. Bila sudah ada usus yang keluar ditambah tekanan rongga perut yang meningkat, bahagian usus dapat keluar lebih banyak. ‘‘Jika berterusan begitu tanpa rawatan, ia boleh menjadi hernia inkarserat. Bahagian usus yang terjulur keluar tidak dapat kembali ke tempat asalnya. “Atau menjadi hernia tercekik kerana usus yang terkeluar tadi dapat mengalami pembusukan dan mati akibat tidak mendapat bekalan darah (gangren).’’
*Rawatan
Hernia pada orang dewasa seelok-eloknya ditangani seawal mungkin. Bila didiamkan dan bertambah parah, nyawa mampu menjadi taruhannya. ‘‘Terapinya tak ada jalan lain, kecuali pembedahan,’’ tegas Dr. Chan. Tidak ada ubat yang dapat menyembuhkan kerana puncanya melibatkan keadaan anatomi yang melemah atau mengalami kelainan. Pembedahan untuk menangani hernia ini merupakan yang kedua paling kerap selepas operasi apendiks. Di kalangan orang dewasa, pembedahan dilakukan untuk menutup lubang dan memperkuatkan bahagian yang lemah. Otot perut dirapatkan menutupi lubang yang ada. Pada zaman dahulu, pembedahan dilakukan dengan menempatkan pesakit dalam posisi kepala di bawah agar isi hernia masuk kembali ke rongga perut oleh graviti bumi. ‘‘Pembedahan tidak harus segera kecuali bagi hernia inkarserat dan tercekik, ia harus segera dilakukan. Jika tidak, bahagian isi hernia yang terjerut boleh membusuk dan menjadi sumber infeksi ke seluruh dinding usus (peritonitis). Akibat yang lebih buruk adalah kematian,’’ katanya. Setelah operasi, ada sesetengah pesakit mengadu bahagian yang dibedah seperti tertarik dan berasa nyeri (sakit seperti ditusuk jarum). Untuk mengatasi keluhan tadi, kini tersedia jala sintetis yang dikenal dengan mesh. Selain pembedahan konvensional, kini terdapat rawatan menggunakan teknik bedah laparoskopi yang menawarkan beberapa kelebihan, antara lain, luka surgeri yang kecil sehingga mempengaruhi penyembuhan yang lebih cepat. Terapi tanpa bedah berupa pemakaian penopang hanya bersifat menyokong, sama sekali tidak memperbaiki hernia itu, apalagi menyembuhkannya. Cara ini diperuntukkan bagi pesakit yang menolak pembedahan atau keadaan yang tidak mengizinkannya untuk dibedah. Namun, untuk penderita yang menolak pembedahan, keadaan penyakitnya boleh memasuki tahap lanjut dan akhirnya tetap memerlukan pembedahan. Malangnya, pada keadaan ini, surgeri akan menjadi lebih sukar, apalagi kalau sampai isi hernia tidak boleh dimasukkan kembali atau membusuk. Pesakit yang menghidapi hernia atau angin pasang perlu menuruti beberapa pantang larang dimana bagi kanak-kanak yg menghidapi hernia ibu, kakak atau golongan wanita tidak boleh menyentuh bahagian sulit kanak-kanak tersebut manakala bagi lelaki dewasa yang menghidapi hernia atau angin pasang di larang menyetubuhi isterninya kerana bimbang akan memburukan lagi persakit.
skip to main |
skip to sidebar
Pages
Sunday, January 23, 2011
Saturday, January 22, 2011
Mama oh mama
Semalam saje bersembang2 kosaong dengan mama dan ayah tertibe jer mama timbulkan isu perkkawinan dan anak. Hahahahah 2 soalan yang sukar untuk dihuraikan. MAma cakap nanti Adam khawin kite buat dekat dewan. Aku tanye dewan mane ma? MAma cakap kite buat lar dekat dewan Putrajaya International Convention Center (PICC). Aku cakap hah nak buat dekat situ? aku cakap lagi nak buat weeding macam siti nurhaliza dekat Datuk k ker? Mama aku cakap kalau buat macam siti nurhaliza dengan Datuk k pun ape salahnyer lagipun ni kan weeding anak mama yang last? Aku cakap lar nak buat macam siti dengan Datuk K bayak lar keluar belanja Adam ni bukan artist yang orang boleh sponsor? MAma cakap abg hairi dengan abg haris kan ade lagipun dierorg nak sponsor sikit. Ayah sponsor dewan mama sponsor decoration. Adam just uruskan duit hantaran dengan mas khawin jer. Aku tergamam seketika. Aku x expect mama dengan ayah dan abg2 dah plan siap2 weeding aku. Hahaahh siap tema lagi. Tema dalam taman plus contemporary hrmmmm mcm menarik jer hahahah. Ok sekarang cerita pasal anak pulak. Mama cakap siang2 dah nanti awal perkhawinan jangan nak rancang2 anak. mule2 khawin x payah nak rancang2 hahahah. (for sure lar x) Aku cakap don't worry mama hahahah. mama nak cucu perempuan ayah nak cucu kembar sepasang so macam mane 2? So aku cakap lar dekat mama dengan ayah kalau nak harapkan aku untuk memberikan dierorang cucu memang x boleh lar sebab si dier masih study lagi. so kalau nak sekarang mintak lar dekat abg2 yg lain. Ayah cakap x ape ayah nak cucu dari anak Adam. Hahaha aku cakap kalau macam 2 ayah kene sabar lar. MAma cakap berape tahun lagi Adam kene tunggu?? Aku cakap sampai 2 2 ready. MAma cakap aku sanggup ker tunggu?? Hahaha ape lar mama ni tanye mcm 2? Aku cakap dah sayang mesti lar sanggup. MAma cakap ok lar kalau Adam cakap mcm 2. Hahhaha aku ingat aku jer yg dah plan pasal weeding ni rupenyer dierorg pun dah plan dah siap plan cucu lagi nak berape hahaha. Sabar yer mama dengan ayah nanti Adam bagi mama dengan ayah cucu-cucu.
Monday, January 17, 2011
I'M BACK >>>>
Aiii guys lame aku x update blog ni nak buat mcm mane busy sikit (hrmmm macam lar ramai pembaca setia hahahahah)
Hrmm since berkerja secara tetap di kuwait lifestyle aku memang sangat2 busy ade jer aku kene dihantarkan ke mane2 tempat untuk tinjau projek baru. Best 2 memang lar best sambil berkerje boleh tengok tempat orang tapi sometimes aku rase lonely x ade teman yang menemani aku. Bile kesunyian aku teringatkan insan yang tersayang. Hanye kepingan gambar dan simpanan sms menjadi pengubat rindu aku padanye... OH TUHAN sesungguhnyer dier telah mencuri hatiku bersamenyer... Setiap kali merinduinyer akan ku sebut nama mu sayang... percaye lar hanye kau di hatiku. Aku akui kau yang ke-2 namun aku berjanji hanye kau yang terakhir dihatiku hanye takdir yang bisa memisahkan kita... sayang ku pademu akan sentiasa mekar dan hanye untuk mu sayang..tiada yg ke2 kalinyer. Terima kasih sayang kerana kau sudi menerima aku seadanya. Hanye kau dihatiku. Usah kau ragui cintaku padamu sesungguhnyer telah ku serahkan hatiku padamu. Terpulanglah padamu untuk membahagiakan aku atau menhancurkan hatiku kerana kunci hatiku juga bersamamu.
Andai kau memilih untuk membahagiakan aku, aku berjanji padamu aku akan menjadikan engkau perempuan yang paling bahagia semampu aku. Namun andai kata engkau memilih untuk menghancurkan hatiku aku akan pergi jauh dari hidupmu dan mendoakan kebahagiaanmu dari jauh walaupun kebahagiaan aku untuk memilikimu hancur bagaikan debu...
Percaya lar sayang hanye kau dihatiku... ape yang boleh aku ucapakan adelah I LOVE U SO MUCH UNTIL THE END....
Hrmm since berkerja secara tetap di kuwait lifestyle aku memang sangat2 busy ade jer aku kene dihantarkan ke mane2 tempat untuk tinjau projek baru. Best 2 memang lar best sambil berkerje boleh tengok tempat orang tapi sometimes aku rase lonely x ade teman yang menemani aku. Bile kesunyian aku teringatkan insan yang tersayang. Hanye kepingan gambar dan simpanan sms menjadi pengubat rindu aku padanye... OH TUHAN sesungguhnyer dier telah mencuri hatiku bersamenyer... Setiap kali merinduinyer akan ku sebut nama mu sayang... percaye lar hanye kau di hatiku. Aku akui kau yang ke-2 namun aku berjanji hanye kau yang terakhir dihatiku hanye takdir yang bisa memisahkan kita... sayang ku pademu akan sentiasa mekar dan hanye untuk mu sayang..tiada yg ke2 kalinyer. Terima kasih sayang kerana kau sudi menerima aku seadanya. Hanye kau dihatiku. Usah kau ragui cintaku padamu sesungguhnyer telah ku serahkan hatiku padamu. Terpulanglah padamu untuk membahagiakan aku atau menhancurkan hatiku kerana kunci hatiku juga bersamamu.
Andai kau memilih untuk membahagiakan aku, aku berjanji padamu aku akan menjadikan engkau perempuan yang paling bahagia semampu aku. Namun andai kata engkau memilih untuk menghancurkan hatiku aku akan pergi jauh dari hidupmu dan mendoakan kebahagiaanmu dari jauh walaupun kebahagiaan aku untuk memilikimu hancur bagaikan debu...
Percaya lar sayang hanye kau dihatiku... ape yang boleh aku ucapakan adelah I LOVE U SO MUCH UNTIL THE END....
Blog Archive
Followers
Powered by Blogger.
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "
About Me

- haikal adam
- simple person but smart i think (hahahahaha) someone say i'm unexpected... really???