Saturday, June 11, 2011

KALAU INI TAKDIRNYA

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Golongan yang paling kuat diuji dengan bala adalah golongan para Nabi, kemudian golongan yang mengikuti mereka dan seterusnya".

Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah s.w.t

Sesungguhnya uji itu adalah untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran hamba-Nya. Setelah aku renungkan dan muhasabah diri aku sedar Allah sedang mengujiku. Aku akui pada mulanya aku khilaf aku lalai kerana terlalu leka mencari duniawi sehingga aku diuji oleh-Nya Yang Maha Esa baru aku sedar sehebar mana manusia itu, sekebal mana manusia itu dan sekaya mana manusia itu satu saat dia akan kembali ke asalnya. Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali.
Aku kini sedar aku tidak perlu mengeluh dan aku tidak perlu kesalkan kerana sesuatu yang terjadi ada hikmah-Nya. Aku redha dengan ketentuan Ilahi aku redha dengan dugaan itu namun aku hanya insan biasa yang melakukan kesilapan kadang kala aku tersasar aku perlu bimbingan dan panduan untuk kembali ke jalan yang di redhai oleh-Nya.
Tiada manusia sempurna namun mengapa manusia selalu mencari kesempurnaan?? kehidupan yang saling melengkapi. Manusia memerlukan pertolongan untuk menjalani kehidupan. Jangan terlalu berlagak berani kelak menyeksa diri. Jangan terlalu yakin kelak tersungkur juga. Tidak salah jikanya meminta pertolongan insan yang kita kenal untuk melindungi diri kita dan juga dia.
Alam duniawi ini tidak kekal selamanya yang kekal akhirat sana. Di dunia kita memakai kereta BMW, JAGUAR, FORD, dan FERARI kita lupa orang sekeliling kita lupa untuk membantu insan yang memerlukan namun terfikirkah kita kenderaan apa yang akan kita guna di akhirat kelak?? Didunia jika jalan raya sesak kita boleh melalui jalan alternatif seperti lebuh raya namun terfikirkah kita di padang mahsyar kelak kita hanya ada satu jalan iaitu titian siratul-mustaqim adalah jambatan/ titian yang terbentang di atas permukaan neraka Jahannam yang sangat licin, memiliki kait, cakar dan duri. Setelah melewati masa di Mahsyar, kaum Muslim akan dibentangkan shirath bagi mereka di atas Jahannam sehingga mereka melintasi di atasnya dengan kecepatan sesuai dengan kadar keimanan mereka.
Ya ALLAH sesungguhnya Engkau yang Maha mengetahui dan Maha Besar. Hanya pada-Mu aku memohon pertolongan Ya ALLAH... YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM....

Friday, June 10, 2011

KERANA DIA YANG TERSAYANG

Dalam dunia terdapat pelbagai ragam manusia yang memang menjadi rempah ratus asam garam dalam kehidupan manusia sejak terciptanya Nabi Adam a.s dan Hawa. Tidak di nafikan manusia mempunyai pelbagai perangai. Ada yang baik dan ada yang kurang baik.
Manusia tidak dilahirkan jahat semua manusia yang dilahirkan dari seorang insan yang bernama ibu merupakan manusia yang bersih dan suci tanpa dosa namun apakah yang mendorong manusia itu menjadi jahat, berhasad dengki, berhati busuk? hanya diri sendiri yang boleh memberi jawapan.
Manusia lupa dengan pengcipta-Nya, lupa kepada Yang Esa iaitu Allah S.W.T. dengan kekeyaan yang diberikan manusia lupa erti kemanusian, malah sanggup membunuh kerana dendam. yang pelik insan lain yang tidak berdosa menjadi mangsa. Kerana dengki sanggup menyusahkan insan lain.
Tak mengapa buat lah apa yang engkau ingin buat namun aku tak akan benarkan engkau menyentuhnya. Jika engkau ingin melakukan sesuatu kepadanya berdepan dengan aku. Kalau nyawa aku menjadi taruhan engkau silakan ambil tapi bukan insan yang aku sayang.
Walauapapun terjadi dier tidak aku lepaskan. Hanya ajal dan maut dapat memisahkan aku dengannya. Aku akan pastikan keselamatannya terjamin dan selamat dari gangguan engkau. Mungkin engkau boleh mengupah sebanyak mana orang untuk meganggu dier namun engkau harus sedar aku juga mampu menjaga dier dengan apa cara sekali pun.
Engkau ingin tahu kenapa? kerana di dalam hatiku hanya ada dier dan hatiku hanya untuknya. sayangku hanya miliknya.Hanya dier sayangku.....