Friday, July 29, 2011

HAYATI BERSAMA

Aku tertarik dengan sepotong ayat kata-kata pujangga yang aku baca dari sebuah novel di mana berbunyi "Pahatkan nisan serangkum syair keluh kanda kasih tak sampai. Aduhai hati berbicaralah pada tuanmu kerana detik masa terus berlalu". Aku ada mencari maksud kata2 itu tapi tak jumpa lar pulak. So aku hanya boleh simpulkan melalui kefahaman aku jer lar. Aku rasa kata2 itu menberi maksud tentang masa. Aku akui dan setuju masa itu penting dan berharga. Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kerana masa kita mendapat manfaat dan kerana masa kita ketinggalan.
Macam kisah aku, kadang2 aku terburu2 dan kadang2 aku leka dengan masa. Masa tidak menunggu manusia, manusia yang perlu mengejar masa. Begitu juga dalam perhubungan, aku terlalu drastik dalam menjalikan perhubungan sehinggakan sahabat2 aku mengatakan aku tidak reti bersabar dalam mengenal hati perempuan. Bagi aku life is simple when we love someone why we need wait for a long time if we want? sebab itu aku tidak mengambil masa yang lama bila aku suka seseorang aku akan luahkan hati dan perasaan aku. Mungkin di mata orang lain tindakan aku terlalu kelam kelibut tapi bagi aku kalau kita lambat mencurahkan isi hati kita mungkin putih mata jika dia terlepas ke tangan orang lain.
Mama selalu cakap aku terlalu berani dalam menyuarakan isi hati, aku tidak pandai berselindung isi hatiku. Mama juga selalu cakap apa yang aku hajati aku akan usahkan sampai dapat. Mungkin benar cakap mama. Perempuan selalu berkata lelaki yang terlalu berterus terang terlalu cerewet. Benarkah?? Aku rasa aku x adalah cerewet sangat dan mungkin x cerewet langsung.
So bagi aku masa itu penting untuk aku grab. Sebab itu aku tidak mengambil masa yang lama umtuk menyatakan hasrat hatiku untuk mencintai seseorang kerana aku yakin dengan kata hatiku.
So kepada sesiapa yang sudah ada pilihan hati luahkan lah dengan segera dan setulus hati kerana jika terlewat sesaat kita mungkin kehilangan si dia dan sesal kemudian hari. Usah difikirkan lamaran cinta ditolak kerana selepas memluahkan hasrat hati bebanan rasa akan hilang kerana apa yang terbuku dihati sudah dicuarahkan. So fikir fikirkan lah :)

0 comments:

Post a Comment