Sunday, March 27, 2011

AKU ADALAH AKU

Aku adalah aku satu ayat yang menunjukan bahawa kita kenal siapa kita, kita tahu apa yang ada dalam diri kita. Pesoalanya adakah kita tahu siapa diri kita sebenarnya?? Kenalkah diri kita sendiri?? Secara umumnya kita tahu siapa nana kita, apa yang kita inginkan dan apa hasrat hayti kita tetapi sifat sebenar diri kita sendiri kita tidak tahu hanya orang disekeliling kita yang tahu "The True Of Colour".
Seperti diriku, aku sendiri tidak mengenali siapa aku sebenarnya. Aku akui apa yang aku lakukan mengikut kata hati aku. Selepas kejadian Deja Vu aku bagaikan hilang dalam bayangan aku lemah dengan perasaan aku menyepi diri aku akui itu kerana aku tiada kekuatan untuk hadapai.
Semalam abang sulng ku dan abang kedua ku datang kepada ku untuk berbicara dari hati ke hati. Abang haris berkata: "adik sampai bila adik nak macam ni?" aku membisu
abang haris berkata lagi: "adik sudah lah jangan ikutkan perasaan"
kemudian abang haris menyambung: "adik walau apapun terjadi adik kena ingat adik ada mama,ayah abang haris, ada abang hairie dan orang yang sayangkan adik." abang haris berkata mana perginya adik abang yang kuat? mana perginya adik abang yang kental hadapi dugaan?? abang nak adik abang yang dulu haikal adam yang dulu seorang adik yang sayang akan keluarganya. Jangan macam ni adik abang haris, abang hairie, kak ja, kak sue, mama dan ayah risau dan sedih kalau adik still macam ni.
Aku terharu mendengar kata-kata abangku tanpa sedar air mataku mengalir.
Abang haris dan abang hairie datang memelukku dan berkata menagis lah adik menagislah sepuas-puasnya untuk kali ini dan untuk kali terakhir selepas puas menagis bangunlah adikku. Abang-abangmu ada disisi mu. Abang hairie berkata kami ada bersamamu susah dan senang abang akui berat untuk adik tanggung namun bukan salah adik. Adik tidak bersalah adik perlu bangun dan tebus kembali maruah adik. Abang haris berkata adik perlu kuat, adik lelaki bukan perempuan adik kena bangun dan lawan habis-habisan jadi lah lelaki yang boleh pertahankan maruah keluarga dan kelak adik perlu menjaga maruah isteri dan anak-anak adik.
Abang hirie berkata jangan kerana "Deja Vu" adik menolak fitrah kehidupan, jangan kerana "Deja Vu" adik menidakkan keinginan berkeluarga, sedangkan Rasulullah S.A.W mengalakkan umatnya mendirikan masjid sekiranya mampu. Abang yakin dia akan memahami dan menerima adik seadanya.
Aku terharu dan terkedu dengan kata-kata abang-abang aku yang inginkan aku kembali seperti dulu. Terima kasih abang-abangku. Kata-kata semangat dari kalian memberi aku inspirasi untuk melupakan Deja Vu itu. Aku berjanji aku akan cuba untuk bangun kembali. Aku akan tebus segala maruah aku. Aku akan pastikan orang yang bersalah mendapat hukuman setimpal dengan perbuatannya.

Saturday, March 26, 2011

Mampukah Aku....

Pertama kali aku berada di awangan, dipersimpanan delima, aku bagaikan hanyut di dalam duniaku sendiri. Aku bagaikan tidak mengenali siapa aku sebenarnya. Aku merasakan aku begitu kerdil di sisi-Nya. Aku lemah, aku kalah dengan perasaanku sendiri.Aku tidak mampu untuk berdiri sediri. Aku berasa malu dengan diriku sendiri apatahlagi dengan orang di sekelilingku. Aku mendiamkan diri dari bercakap hanya air mata yang menemaniku. Aku tahu sebagai lelaki aku seharusnya kuat dan tabah namun kerana detik hitam itu aku menjadi lemah, aku kalah dengan perasaanku sendiri. Semua ahli keluarga risau akan aku. Terima kasih kerana kalian setia menemaniku dan mengharungi segalanya dengan ku. Terima kasih kepada sahabat baikku yang memberi dorongan dan berada disisiku. Kepada insan tersayang terima kasih sayang kerana tetap setia disisiku.
Tanpa kalian aku tewas dengan perjuangan hidup, tanpa kalian aku pasti tersungkur di pertengahan jalan. Aku sedar segalam yang berlaku adalah ujian dari-nya, segala yang berlaku adalah suratan takdir namun sebagai insan aku lemah dan tidak mampun untuk lalui. Aku takut dengan bayangan aku sendiri. Rasa bersalah menghantui aku walaupun aku adalah mangsa. Aku tidak mengerti mengapa ada manusia yang tidak mempunyai perassan dan sifat malu. Aku malu apabila diriku diperlakukan begitu. Sekian lama aku pertahankan musnah bergitu sahaja. Adilkah bagi insan yang selayaknya dapat??? Itu yang menjadi persoalan didalam diriku.
Sayang aku tahu engkau merinduiku, tapi berikan aku sedikit masa untuk aku melupakan detik hitam itu. Aku sedar aku bukan diriku yang dulu, aku merasakan aku lelaki yang kerdil dan terus terang aku akui aku malu untuk berdepan denganmu. Sayang aku hargai segala usahamu, aku hargai segala kasih sayangmu.

Friday, March 18, 2011

POLIGAMI: BAHAGIA vs SENGSARA

POLIGAMI satu perkataan yang disukai lelaki namun satu perkataan yang menjadi mimpi ngeri bagi wanita.
Poligami bermaksud seseorang lelaki yang berkemampuan dari segi zahir dan batin untuk memiliki lebih dari seorang isteri. Bak kata Allahyarham P.Ramlee:
1. Banyak
2. sedikit-sedikit
3. jarang-jarang
4. kadang-kadang
Ramai wanita bertanya kepadaku mengapa lelaki ingin berkhawin lebih dari satu termasuklah girlfriend ku sendiri bertanyakan hal yang sama. Hrmmmm satu soalan yang agak rumit untuk dihuraikan. Kalau memberi jawapan berpoligami ingin membantu wanita yang tertindas mereka berkata alasan lama sebernarnya gatal nak khawin lebih Sering kali bila ditanya soalan ingin berpoligami atau bermadu wanita akan melenting katanya tak ingin dikongsi. Namun di dalam kalangan wanita yang menolak poligami ada yang menerima poligami namun jumlahnya agak sedikit.
Bagi lelaki bermadu atau poligami memang indah dan seronok bak kata Alllahyarhan P.Ramlee: Kepada isteri muda
kanda sayang padamu
kepada isteri muda
i say i love u
kalau isteri tua merajuk
balik rumah isteri muda
kalau dua-dua merajuk
ana khawin 3...
Gembiranya hati seorang lelaki dapat berpoligami namun x semua lelaki bertuah berpoligami. "MADU" manis bagi lelaki namun hempedu bagi wanita.
Apabila wanita dapat tahu suami berpoligami di dalam diam si isteri akan meminta cerai kerana x ingin dikongsi.Mungkin benar pandangan wanita iaitu apabila hati tidak merelakan dimadu lebih baik berpisah dari menanggung dosa kerana tidak ikhlas suami berpoligami.
Berpologami boleh menurut islam namun harus kena pada syaratnya.Tanggungjawab suami besar kerana suami ketua keluarga. Suami yang membimbing isteri kejalan yang diredhai Allah. Adil adalah penting dalam hidup poligami. Sekiranya suami tidak adil dalam hal nafkah batin dan zahir ibarat menzalimi isteri.
Lebih baik memiliki seorang isteri kerana seorang isteri belum tentu dapat mengadili seorang isteri.

Wednesday, March 16, 2011

Lelaki jangan hancurkan harapan wanita...

Sudah lumrah di dunia Allah s.w.t menciptakan manusia itu berpasangan. Lelaki dengan perempuan. Sudah tertulis lelaki dan perempuan diciptakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.Nabi Adam yang diciptakan dahulu tiada teman lalu Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk Adam bukan dari kepala untuk dijadikan atasnya dan bukan dari kaki untuk dijadikan alasnya melainkan dari sisi untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan tangan untuk melindungi dan dekat di hati untuk dicintai. Hati seorang wanita sangat lembut penuh dengan kesantunan budi perketi. Bertuah kepada lelaki yang mendapat cinta dan kasih sayang yang ikhlas dari seorang insan yang bernama wanita. Tidak wajar sekiranya lelaki yang berjaya menawan hati wanita melukainya apabila merasakan tiada lagi rasa cinta di hati. Bagi aku cinta merupakan satu perkataan yang general terlalu banyak maksud. Cinta kepada Allah adalah yang hakiki dan abadi, cinta sesama insan untuk saling melengkapi cinta kepada mahkluk kerana simpati dan prihatin. Namun kasih sayang kekal selamanya. Cinta boleh pudar dan hilang namun sayang kekal di hati. Aku sedar aku tidak selayaknya untuk berbicara tentang topic ini kerana aku juga seorang lelaki yang pernah menghancurkan hati ramai wanita satu ketika dulu.
Seorang player yang mempunyai ramai teman wanita.Ramai wanita yang mengharap cinta daripada aku namun aku hancurkan harapan mereka kerana serik dengan permainan cinta. Sebelum aku menjadi player aku setia kepada ex-tunagku, tujuh tahun aku bersamanya, dengan keyakinan aku menyatakan dialah suri hidupku namun dia meninggalkan aku di saat aku dan dia bakal disatukan. Hancur hatiku ketika itu, Sebagai lelaki ramai yang menyalahkan aku, Pertama kali di dalam hidup aku berasa sangat malu kerana semua persiapan sudah sempurna. Ramai yang memandang sinis kepada ku kerana majlis yang bersejarah dalam hidup seorang lelaki hancur begitu sahaja. Dengan perasaan malu yang menebal aku membatalkan segala catering, baju pengatin, hantaran, dan kad jemputan. Sejak detik itu aku menjadi player, aku menukar perempuan bagaikan menukar baju, setiap minggu aku keluar berlainan wanita, ada yang mengharapkan cintaku dan ada yang hanya ingin kemewahan. Teman-teman baikku menegur aku tidak sewajarnya aku menjadi player hanya kerana pernah dikecewakan namun bagi aku, aku tidak nampak di mana kesilapan itu kerana aku tidak pernah memberi harapan dan janji kepada mereka.
Apa yang ingin aku kongsikan aku sedar lelaki jangan menzalimi wanita. Tanpa mereka mungkin tiada kita kerana dari wanita datangnya kita dari seorang insan yang bergelar "IBU". Baru-baru ini rakan sekerjaku mengalami krisis dengan teman lelakinya, dia selalu bercerita dia menjadi mangsa amarah teman lelakinya. Aku memberi pendapat sebelum menjadi suami isteri sudah pandai naik tangan cuba fikirkan apa akan jadi jika sudah berkhawin? Aku sarankan tinggalkan dia untuk kebaikan namun dia tidak mampu kerana sayangkan teman lelakinya. Didalam hati aku berkata bertuah lelaki itu kerana mempunyai teman wanita yang sayang kepadanya malangnya lelaki itu tidak menghargai kasih sayang dan cinta dari wanita itu.
Aku ingin menjadi seperti ayah lelaki yang sangat mencintai mama. Ayah disatukan dengan mama atas kehendak family, pertama kali ayah mengenali dan melihat mama pada hari pernikahan mereka. Ayah sangat menyintai mama, mama bertuah kerana memiliki ayah, walaupun usia perkhawinan ayah dan mama mencecah 33 tahun namun aku lihat ayah memberi layanan kepada mama seumpama baru bernikah semalam. Mama berkata ayah seorang yang romantik dan utamakan family. Ayah tidak boleh duduk kalau mama tiada di sisi. Bertuanhnya mama memiliki ayah.
Ibarat kata ayah wanita yang dikahwini bukan untuk melepaskan nafsu lelaki namun untuk dilidungi. Apabila seseornag wanita bersetuju untuk berkhawin suami seharusnya menghargai dan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada isteri kerana dia sanggup meninggalkan keluarganya untuk membina hidup baru bersama suaminya. Janganlah menzalimi isteri dari segi mental dan fizikal kerana hati mereka lembut dan sensetive namun bila hati seorang wanita itu cekal dan tabah sukar untuk lelaki melembutkanya.

Wednesday, March 2, 2011

Maaf atas sikapku...

Setiap manusia ada sikap,perangai tersendiri. aku juga tidak terkecuali. Mempunyai beberapa sikap ada yang menyenangkan dan ada yang menjengkelkan. Mama aku selalu berkata aku lah anak yang lain dari yang lain berbanding abang-abag aku. Mama cakap aku mengikut perangai ayah. Aku mudah bergaul dengan semua orang dan mudah rapat dengan semua ornag mungkin itu kelebihan aku semasa aku seorang "player"(sekarang x lar) Mungkin juga dengan sikap aku yang cepat mesra dengan orang boleh menyebabkan timbulnya pelbagai masalah sehingga ada diantaranya menyangka aku seolah-olah memberi harapan. seriously tidak terlintas dihati aku untuk memberi harapan aku membuat orang berharap padaku.

Sikap aku yang ini memang ikut ayah. i'm too jealousy. Aku mengaku aku memang terlalu cemburu. Aku x tahu kenapa tapi aku terlalu cemburu dan cepat melatah apatah lagi melibatkat orang yang aku sayang. Mungkin si dia agak bosan dengan sikap yang terlalu cemburu. Aku x tahu mengapa ada sahaja orang yang cuba untuk memporak perandakan hubungan kami. Aku cuba membuang jauh2 perasaan jealous ini but fail. Bukan aku x percayakan dia namun aku dier tahu aku jealous sebab aku x kehilangan dia. Aku juga tahu di dalam diam ada seseorang yang lain meminatinya dan menyangginya. Bestfriend aku menasihati aku "haikal kanapa nak risau hal yang macam ni? she already yours?
aku berkata yes but not in legal? bestfriend aku menyambung: yes, but she choose u right?? don't worry she never left u beside she love u more...
Aku mula berfikir kembali hrmmm mungkin ada benarnya.

Tiada kata yang dapat diungkapkan bila aku sudah menyanggimu..
Memang kau bukan yang pertama di dalam hatiku
Memang kau bukan yang pertama yang aku sayang
Memang kau bukan yang pertama yang aku cinta
Namun kau yang paling aku sayang
Namun kau yang paling aku cinta...