Sudah lumrah di dunia Allah s.w.t menciptakan manusia itu berpasangan. Lelaki dengan perempuan. Sudah tertulis lelaki dan perempuan diciptakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.Nabi Adam yang diciptakan dahulu tiada teman lalu Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk Adam bukan dari kepala untuk dijadikan atasnya dan bukan dari kaki untuk dijadikan alasnya melainkan dari sisi untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan tangan untuk melindungi dan dekat di hati untuk dicintai. Hati seorang wanita sangat lembut penuh dengan kesantunan budi perketi. Bertuah kepada lelaki yang mendapat cinta dan kasih sayang yang ikhlas dari seorang insan yang bernama wanita. Tidak wajar sekiranya lelaki yang berjaya menawan hati wanita melukainya apabila merasakan tiada lagi rasa cinta di hati. Bagi aku cinta merupakan satu perkataan yang general terlalu banyak maksud. Cinta kepada Allah adalah yang hakiki dan abadi, cinta sesama insan untuk saling melengkapi cinta kepada mahkluk kerana simpati dan prihatin. Namun kasih sayang kekal selamanya. Cinta boleh pudar dan hilang namun sayang kekal di hati. Aku sedar aku tidak selayaknya untuk berbicara tentang topic ini kerana aku juga seorang lelaki yang pernah menghancurkan hati ramai wanita satu ketika dulu.
Seorang player yang mempunyai ramai teman wanita.Ramai wanita yang mengharap cinta daripada aku namun aku hancurkan harapan mereka kerana serik dengan permainan cinta. Sebelum aku menjadi player aku setia kepada ex-tunagku, tujuh tahun aku bersamanya, dengan keyakinan aku menyatakan dialah suri hidupku namun dia meninggalkan aku di saat aku dan dia bakal disatukan. Hancur hatiku ketika itu, Sebagai lelaki ramai yang menyalahkan aku, Pertama kali di dalam hidup aku berasa sangat malu kerana semua persiapan sudah sempurna. Ramai yang memandang sinis kepada ku kerana majlis yang bersejarah dalam hidup seorang lelaki hancur begitu sahaja. Dengan perasaan malu yang menebal aku membatalkan segala catering, baju pengatin, hantaran, dan kad jemputan. Sejak detik itu aku menjadi player, aku menukar perempuan bagaikan menukar baju, setiap minggu aku keluar berlainan wanita, ada yang mengharapkan cintaku dan ada yang hanya ingin kemewahan. Teman-teman baikku menegur aku tidak sewajarnya aku menjadi player hanya kerana pernah dikecewakan namun bagi aku, aku tidak nampak di mana kesilapan itu kerana aku tidak pernah memberi harapan dan janji kepada mereka.
Apa yang ingin aku kongsikan aku sedar lelaki jangan menzalimi wanita. Tanpa mereka mungkin tiada kita kerana dari wanita datangnya kita dari seorang insan yang bergelar "IBU". Baru-baru ini rakan sekerjaku mengalami krisis dengan teman lelakinya, dia selalu bercerita dia menjadi mangsa amarah teman lelakinya. Aku memberi pendapat sebelum menjadi suami isteri sudah pandai naik tangan cuba fikirkan apa akan jadi jika sudah berkhawin? Aku sarankan tinggalkan dia untuk kebaikan namun dia tidak mampu kerana sayangkan teman lelakinya. Didalam hati aku berkata bertuah lelaki itu kerana mempunyai teman wanita yang sayang kepadanya malangnya lelaki itu tidak menghargai kasih sayang dan cinta dari wanita itu.
Aku ingin menjadi seperti ayah lelaki yang sangat mencintai mama. Ayah disatukan dengan mama atas kehendak family, pertama kali ayah mengenali dan melihat mama pada hari pernikahan mereka. Ayah sangat menyintai mama, mama bertuah kerana memiliki ayah, walaupun usia perkhawinan ayah dan mama mencecah 33 tahun namun aku lihat ayah memberi layanan kepada mama seumpama baru bernikah semalam. Mama berkata ayah seorang yang romantik dan utamakan family. Ayah tidak boleh duduk kalau mama tiada di sisi. Bertuanhnya mama memiliki ayah.
Ibarat kata ayah wanita yang dikahwini bukan untuk melepaskan nafsu lelaki namun untuk dilidungi. Apabila seseornag wanita bersetuju untuk berkhawin suami seharusnya menghargai dan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada isteri kerana dia sanggup meninggalkan keluarganya untuk membina hidup baru bersama suaminya. Janganlah menzalimi isteri dari segi mental dan fizikal kerana hati mereka lembut dan sensetive namun bila hati seorang wanita itu cekal dan tabah sukar untuk lelaki melembutkanya.
skip to main |
skip to sidebar
Pages
Wednesday, March 16, 2011
Followers
Powered by Blogger.
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "
About Me

- haikal adam
- simple person but smart i think (hahahahaha) someone say i'm unexpected... really???
0 comments:
Post a Comment