Sunday, March 27, 2011

AKU ADALAH AKU

Aku adalah aku satu ayat yang menunjukan bahawa kita kenal siapa kita, kita tahu apa yang ada dalam diri kita. Pesoalanya adakah kita tahu siapa diri kita sebenarnya?? Kenalkah diri kita sendiri?? Secara umumnya kita tahu siapa nana kita, apa yang kita inginkan dan apa hasrat hayti kita tetapi sifat sebenar diri kita sendiri kita tidak tahu hanya orang disekeliling kita yang tahu "The True Of Colour".
Seperti diriku, aku sendiri tidak mengenali siapa aku sebenarnya. Aku akui apa yang aku lakukan mengikut kata hati aku. Selepas kejadian Deja Vu aku bagaikan hilang dalam bayangan aku lemah dengan perasaan aku menyepi diri aku akui itu kerana aku tiada kekuatan untuk hadapai.
Semalam abang sulng ku dan abang kedua ku datang kepada ku untuk berbicara dari hati ke hati. Abang haris berkata: "adik sampai bila adik nak macam ni?" aku membisu
abang haris berkata lagi: "adik sudah lah jangan ikutkan perasaan"
kemudian abang haris menyambung: "adik walau apapun terjadi adik kena ingat adik ada mama,ayah abang haris, ada abang hairie dan orang yang sayangkan adik." abang haris berkata mana perginya adik abang yang kuat? mana perginya adik abang yang kental hadapi dugaan?? abang nak adik abang yang dulu haikal adam yang dulu seorang adik yang sayang akan keluarganya. Jangan macam ni adik abang haris, abang hairie, kak ja, kak sue, mama dan ayah risau dan sedih kalau adik still macam ni.
Aku terharu mendengar kata-kata abangku tanpa sedar air mataku mengalir.
Abang haris dan abang hairie datang memelukku dan berkata menagis lah adik menagislah sepuas-puasnya untuk kali ini dan untuk kali terakhir selepas puas menagis bangunlah adikku. Abang-abangmu ada disisi mu. Abang hairie berkata kami ada bersamamu susah dan senang abang akui berat untuk adik tanggung namun bukan salah adik. Adik tidak bersalah adik perlu bangun dan tebus kembali maruah adik. Abang haris berkata adik perlu kuat, adik lelaki bukan perempuan adik kena bangun dan lawan habis-habisan jadi lah lelaki yang boleh pertahankan maruah keluarga dan kelak adik perlu menjaga maruah isteri dan anak-anak adik.
Abang hirie berkata jangan kerana "Deja Vu" adik menolak fitrah kehidupan, jangan kerana "Deja Vu" adik menidakkan keinginan berkeluarga, sedangkan Rasulullah S.A.W mengalakkan umatnya mendirikan masjid sekiranya mampu. Abang yakin dia akan memahami dan menerima adik seadanya.
Aku terharu dan terkedu dengan kata-kata abang-abang aku yang inginkan aku kembali seperti dulu. Terima kasih abang-abangku. Kata-kata semangat dari kalian memberi aku inspirasi untuk melupakan Deja Vu itu. Aku berjanji aku akan cuba untuk bangun kembali. Aku akan tebus segala maruah aku. Aku akan pastikan orang yang bersalah mendapat hukuman setimpal dengan perbuatannya.

0 comments:

Post a Comment