Pertama kali aku berada di awangan, dipersimpanan delima, aku bagaikan hanyut di dalam duniaku sendiri. Aku bagaikan tidak mengenali siapa aku sebenarnya. Aku merasakan aku begitu kerdil di sisi-Nya. Aku lemah, aku kalah dengan perasaanku sendiri.Aku tidak mampu untuk berdiri sediri. Aku berasa malu dengan diriku sendiri apatahlagi dengan orang di sekelilingku. Aku mendiamkan diri dari bercakap hanya air mata yang menemaniku. Aku tahu sebagai lelaki aku seharusnya kuat dan tabah namun kerana detik hitam itu aku menjadi lemah, aku kalah dengan perasaanku sendiri. Semua ahli keluarga risau akan aku. Terima kasih kerana kalian setia menemaniku dan mengharungi segalanya dengan ku. Terima kasih kepada sahabat baikku yang memberi dorongan dan berada disisiku. Kepada insan tersayang terima kasih sayang kerana tetap setia disisiku.
Tanpa kalian aku tewas dengan perjuangan hidup, tanpa kalian aku pasti tersungkur di pertengahan jalan. Aku sedar segalam yang berlaku adalah ujian dari-nya, segala yang berlaku adalah suratan takdir namun sebagai insan aku lemah dan tidak mampun untuk lalui. Aku takut dengan bayangan aku sendiri. Rasa bersalah menghantui aku walaupun aku adalah mangsa. Aku tidak mengerti mengapa ada manusia yang tidak mempunyai perassan dan sifat malu. Aku malu apabila diriku diperlakukan begitu. Sekian lama aku pertahankan musnah bergitu sahaja. Adilkah bagi insan yang selayaknya dapat??? Itu yang menjadi persoalan didalam diriku.
Sayang aku tahu engkau merinduiku, tapi berikan aku sedikit masa untuk aku melupakan detik hitam itu. Aku sedar aku bukan diriku yang dulu, aku merasakan aku lelaki yang kerdil dan terus terang aku akui aku malu untuk berdepan denganmu. Sayang aku hargai segala usahamu, aku hargai segala kasih sayangmu.
skip to main |
skip to sidebar
Pages
Saturday, March 26, 2011
Followers
Powered by Blogger.
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "
About Me

- haikal adam
- simple person but smart i think (hahahahaha) someone say i'm unexpected... really???
0 comments:
Post a Comment